Faisal PeceyEjen Hartanah Berdaftar (REN 32521)
WhatsApp

Rumah dah lama iklan, tapi masih belum jual?

Untuk pemilik rumah di Kuala Lumpur & Selangor. Saya bantu anda jual rumah dengan cara yang lebih tersusun, harga ikut data pasaran sebenar, iklan yang dijaga rapi, dan semua urusan saya uruskan sampai serah kunci.

Tiada bayaran pendahuluan. Komisen dibayar hanya bila rumah anda berjaya dijual.
100+transaksi berjaya
5+tahun pengalaman
Top 50Elite Subsale Agent
Faisal di hadapan rumah teres yang dipasarkan, dengan banner jualan Great Casa Realty
AnugerahTop 50 Elite AgentSub-Sales · Great Casa Realty

Ni ke situasi anda?

Owner yang datang pada saya biasanya dalam salah satu situasi ni. Setiap satu perlukan cara yang berbeza.

Rumah pusaka

Keluarga dah setuju nak jual rumah arwah, tapi tak pasti nak mula dari mana dan berapa harga yang adil untuk semua waris.

Dah lama iklan, tak laku

Berbulan-bulan iklan, viewing sikit, yang tanya pun tak serius. Biasanya masalahnya pada harga, gambar atau cara iklan.

Rumah kosong

Rumah dah lama tak berpenghuni. Tak nak sewakan sebab risau penyewa rosakkan, tapi bayar cukai dan maintenance setiap tahun.

Nak upgrade atau downgrade

Keluarga dah bertambah, anak dah besar dan keluar, atau nak pindah dekat tempat kerja. Rumah lama perlu dijual dulu.

Situasi lain?

Ceritakan saja dalam borang. Saya akan cadangkan strategi yang sesuai dengan situasi anda.

Isi borang

Apa yang saya buat untuk anda

Semua ni termasuk dalam servis saya. Anda tak perlu keluar duit untuk mula.

01

Analisa pasaran

Saya semak harga transaksi dan listing sebenar di kawasan anda. Harga tak terlalu tinggi sampai tiada orang tanya, dan tak terlalu rendah sampai anda rugi.

02

Video & gambar rumah

Saya sendiri shoot video dan gambar rumah anda, supaya iklan nampak kemas dan pembeli dah faham rumah tu sebelum datang viewing.

03

Iklan di 3 portal utama

Rumah anda diiklankan di Mudah, PropertyGuru dan iProperty, dan dikongsi dengan rangkaian ejen co-agency supaya lebih ramai pembeli nampak.

04

Urus dokumen & loan

Dengan rangkaian peguam, banker dan pakar mortgage, saya koordinasikan semua: tawaran pembeli, loan, dokumen, sampai serah kunci. Anda tak perlu kejar sana sini.

Saya tak jual janji kosong

Owner yang dah lama cuba jual biasanya dah dengar macam-macam janji. Ni cara saya kerja.

Apa yang saya takkan janji

  • Rumah confirm terjual dalam seminggu
  • Harga paling tinggi di kawasan anda, tanpa semak data
  • Setuju dengan apa saja harga, semata-mata nak dapat listing

Apa yang saya janji

  • Harga dicadangkan berdasarkan data, dan saya terangkan sebabnya
  • Jujur pasal keadaan pasaran, walaupun bukan yang anda nak dengar
  • Tiada bayaran pendahuluan. Komisen hanya bila rumah terjual

4 langkah mudah dari borang sampai serah kunci

1

Isi borang ringkas

Kurang dari 1 minit. Tiada komitmen, tiada bayaran.

2

Saya hubungi & semak rumah

Kita berbincang, saya tengok rumah dan kongsi analisa harga pasaran untuk kawasan anda.

3

Pemasaran bermula

Video, gambar, iklan di 3 portal dan rangkaian ejen. Saya uruskan pertanyaan dan viewing.

4

Urusan jual beli

Rundingan harga, loan pembeli, peguam dan bank, sampai kunci diserahkan.

Faisal Pecey dengan selempang Top 50 Elite Agent Sub-Sales, Great Casa Realty
Top 50 Elite Agent Sub-Sales, Great Casa Realty

Saya Faisal Pecey

Saya ejen hartanah berdaftar dengan Great Casa Realty yang fokus pada rumah subsale di sekitar Klang Valley. Berpengalaman lebih 5 tahun dalam bidang ni, dan saya dah uruskan lebih 100 transaksi hartanah.

Saya percaya rumah yang laku bukan bergantung pada nasib. Ia bergantung pada harga yang betul, iklan yang meyakinkan, dan ejen yang follow up sampai habis.

  • Top 50 Elite Subsale Agent, Great Casa Realty
  • 100+ transaksi dalam 5+ tahun
  • Rangkaian ejen co-agency di seluruh Klang Valley
  • Rangkaian peguam, banker dan pakar mortgage untuk urusan jual beli yang lebih lancar

REN 32521 · Great Casa Realty Sdn Bhd, E (1) 1688

Antara rumah yang dah saya jual

Dari apartment hingga semi-D, rumah kosong atau masih berpenghuni. Swipe untuk tengok.

Kawasan yang saya cover di Kuala Lumpur & Selangor

  • Ampang
  • Bandar Seri Permaisuri
  • Damansara
  • Desa Coalfields
  • Gombak
  • Kelana Jaya
  • Keramat
  • Petaling Jaya
  • Selayang
  • Setapak
  • Setiawangsa
  • Subang Jaya & USJ
  • Sungai Buloh
  • Taman Melawati
  • Taman Sri Gombak
  • TTDI
  • Wangsa Maju

Kawasan anda tiada dalam senarai? Isi borang juga, saya akan beritahu kalau boleh bantu.

Soalan lazim

Berapa caj professional fee, dan bila perlu bayar?
  • 3% daripada harga jualan (belum termasuk SST), iaitu kadar maksimum dalam skala fi Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta.
  • Kadar dan syarat dipersetujui secara bertulis sebelum saya mula.
  • Tiada bayaran pendahuluan. Gambar, video dan iklan di 3 portal saya tanggung.
  • Fee hanya dibayar bila rumah anda berjaya dijual. Kalau tak terjual, anda tak bayar apa-apa.
Rumah saya masih ada loan. Boleh jual?

Boleh. Ini perkara biasa. Baki loan akan diselesaikan melalui proses jual beli, dan saya akan terangkan langkahnya dengan jelas.

Rumah pusaka tapi urusan waris belum selesai. Macam mana?

Biasanya urusan pentadbiran harta perlu diselesaikan dulu sebelum rumah boleh dijual. Saya boleh terangkan prosesnya secara umum dan bantu hubungkan anda dengan peguam yang berkaitan.

Berapa lama nak jual rumah saya?

Bergantung pada harga, lokasi dan keadaan rumah. Saya tak janji tempoh tertentu, tapi saya akan bagi gambaran jujur selepas tengok data pasaran untuk kawasan anda.

Saya dah ada agent lain. Boleh isi borang?

Boleh. Ramai owner nak second opinion pasal harga dan strategi. Tiada komitmen dengan mengisi borang.

Rumah saya kosong dan kurang terurus. Masih boleh?

Boleh. Saya akan cadangkan perkara asas yang patut dibuat sebelum shoot gambar dan viewing, supaya rumah nampak lebih menarik pada pembeli.

Semak harga pasaran rumah anda

Isi maklumat ringkas di bawah. Saya akan hubungi anda melalui WhatsApp untuk berbincang, tanpa sebarang komitmen.

Sila isi nama anda.
Sila isi nombor telefon yang sah.
Sila isi kawasan rumah.
Sila isi jenis rumah.
Sila isi anggaran harga. Kalau tak pasti, tulis “Tak pasti”.
Bila anda bercadang nak jual?
Sila pilih satu.
Apa cabaran utama anda sekarang?
Sila pilih satu.

Maklumat anda hanya digunakan untuk saya hubungi anda berkaitan rumah anda, dan tidak dikongsi dengan pihak lain.

Terima kasih!

Maklumat anda dah saya terima. Saya akan WhatsApp anda secepat mungkin.
Nak lebih cepat? Terus mesej saya.

WhatsApp Faisal sekarang
WhatsApp Semak rumah saya